Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

Jalan Jalan di Cherating

P etang Jumaat yang lalu, akudan kroni kroni pejabat telah berjalan - jalan di Cherating. Seperti biasa acara acara seperti ini memang akan dilakukan setahun 2 kali oleh kroni - kroni ini. Tahun lepas ke genting dan ke Port Dickson. Tapi yang aku pasti, sesen pun aku tak keluarkan utnuk perbelanjaan inui kecuali duit Rokok, Tol dan Petrol sahaja. Aku, Tahir, anak Tahir, dan Fareez bertolak awal dengan rancangan untuk memancing di sana sampai muntah. Tapi malangnya Fareez tak berminat memancing... namun atas dasar kroni, dia terpaksa pergi awal juga sebab ini sahaja team bujang yang tinggal. Mujurlah hj. Sazul tetiba pon ada plan nak pergi awal, maka dapatlah book satu bilik awal untuk Fareez. Kami bertolak daripada PJ kira kira pukul 6.30Ptg atas janji bertolak pukul 5 petang. Dalam perjalanan Fareez buleh pula bertekak dengan girlpren dia dan suruh kitorang semua senyap.. aku rasa panas je... lagi sikit aku nak suruh dia berenti dan turunkan aku sebab awek punya pasal kawan kawan pon

Pancing Baru

Sejak 2 menjak 3 menjak aku ada akuarium ikan kat rumah. Aku dah mulat berminat nak pergi memancing. Selepas kumpau tanpa dapat ikan di Semenyih tempohari, aku bertekad untuk membeli rel dan joran baru. Joran Baru Petang ini, aku dan kroni kroni pelbagai Jabatan di tempat kerja aku nak pergi Cherating. Aku nak menduga nasib di sana. Hehehe. Semalam Tahir baru beli dapur dan gas 'Portable' untuk menggoreng ikan fresh yang bakal kami dapat. Jangan 'Kumpau' lagi sudah lah.........

APa itu ikan Lais?

Pertama kali aku balik ke kg Girlfriend aku, bakal pak mentua aku memperkenalkan aku kepada ikan lais. 1st time aku mendengar ikan tersebut. Khabarnya tak banyak sungai di Malaysia yang mempunyai ikan ini. Rasanya sungguh sedap. Ntahlah, mungkin aku nie jenis yg tak memilih makanan, tapi bagi aku ikan lais ini amatlah sedap walaupun aku sendiri belum pernah merasa makan lampam, sebarau, tengas, jelawat kelah apatah lagi. Harap suatu hari ini aku dapat makanlah ikan - ikan ini. Tapi aku tak sangka, ikan lais ini ianya salah satu daripada spesis keli juga. Keli lutsinar. Sebab tu dalam bahasa omputih ianya dipanggil 'Glass Catfish'. Ini gambar ikan tu kalau hidup di dalam akuarium. Bawah ini pulak gambarnya yang telah digoreng di rumah aku. Hmmm tapi sodap laie kalau digoreng di Felda Keratong 3. Hehehe.. Dear my butang... opss tunang.. thank you for the ikan... I lappppppp youuu...

Tips Baru

Selepas aku berjinak jinak dengan hobi membela ikan akuarium, banyak artikel tentang penjagaan ikan di Internet yang aku baca. Banyak juga ikan aku yang mati. Tapi dalam bebanyak tips, aku terbaca tips mengenai fermentasi taik & makanan ikan lalu mebawa aku ke tips memakan buah. Tahukah nkorang semua yang buah perlu dimakan sebelum makan hidangan berat? Yakni buah-buahabn elok dimakan ketika perut kosong. Ini sebabnya, buah ialah mende yg mudah terurai oleh bakteria. Maka apabila kita makan makanan berat dan disusuli dengan desert (buah) ini menyebabkan buah akan duduk di lapisan atas perut dan akan terfermentasi lebih awal berbanding makanan berat di bawah, lalu menghasilkan gas. Jadi cara yang sebaiknya adalah makan buah sebelum makan, seperti nabi Muhammad makan kurma sebelum berbuka puasa.