Skip to main content

Jalan Jalan di Cherating

Petang Jumaat yang lalu, akudan kroni kroni pejabat telah berjalan - jalan di Cherating. Seperti biasa acara acara seperti ini memang akan dilakukan setahun 2 kali oleh kroni - kroni ini. Tahun lepas ke genting dan ke Port Dickson. Tapi yang aku pasti, sesen pun aku tak keluarkan utnuk perbelanjaan inui kecuali duit Rokok, Tol dan Petrol sahaja.

Aku, Tahir, anak Tahir, dan Fareez bertolak awal dengan rancangan untuk memancing di sana sampai muntah. Tapi malangnya Fareez tak berminat memancing... namun atas dasar kroni, dia terpaksa pergi awal juga sebab ini sahaja team bujang yang tinggal. Mujurlah hj. Sazul tetiba pon ada plan nak pergi awal, maka dapatlah book satu bilik awal untuk Fareez.

Kami bertolak daripada PJ kira kira pukul 6.30Ptg atas janji bertolak pukul 5 petang.

Dalam perjalanan Fareez buleh pula bertekak dengan girlpren dia dan suruh kitorang semua senyap.. aku rasa panas je... lagi sikit aku nak suruh dia berenti dan turunkan aku sebab awek punya pasal kawan kawan pon nak marah ke?

Selepes berehat di Hentian Maran sebentar sebab Hj Sazul nak tido sat, barulah tukar driver, otai Tahir pula yang bawa.


Aku dan Hj Sazul punya Seksyen

Kitorang sampai lebih kurang pukul 1 pagi, Fareez terus masuk tidor dan Haji Sazul ikut kitorang carik port memancing.
Setelah bertanya beberapa orang, akhirnya port memancing telahpun dijumpai iaitu di kawasan Cherating Pantai, suasana amat gelap sekali, mata pun dah mengantuk sangat sebab dalam kereta langsung tak tidur pun. Tapi aku dan tahir tetap nak teruskan memancing dalam setengah jam.. test power. tapi bukan ikan yang dapat.. tusukan paku karat hinggap ke bontot aku, itu lah yang aku dapat. Keh keh keh.. kurang hajar punya jeti.. ada ke patut kayu Karat dibiar tercacak tegak??


Esok paginya kami bangun pukul 9.00 am, baru nak carik lokasi memancing, tetiba Hj. Sazul nak pergi sarapan pulak, "hmmm takpelah... payung besar" dalam hati aku... Selepas bergambar kejap, kami pun bertolak mencari makanan untuk mengisi perut yang lapar. Fareez kami tinggalkan tidor seorang diri.



Tengah kereta bergerak, walkie Talkie pulak berbunyi... Hj. Sazul nak cari bank pulak... Aiseh.. mana nak cari Bank kat Cherating nie? Lokasi terdekat bank ialah di Kuantan iaitu lebih kurang 30KM daripada Cherating. lalu aku berbekalkan alat GPS terus membawa mereka halatuju ke Bank yang dikehendaki.

Sampai di sana kami makan di Kuala Sungai tepi Majlis Perbandaran Kuantan... aku cakap ngan Tahir, "Warghh... lagi masyuk kalau mancing kat sini..." apa kata kalau lepas makan kita terus mancing di sini dan hj. Sazul buleh terus balik ke Chalet. Seronok giler babi aku masa tu sampaikan Nasi goreng Kuantan yang tak sedap, aku rasa sedap je memakannya......

Tahir dan aku di Kuantan

Tetiba walkie Talkie berbunyi lagi, kami diarahkan untuk menjemput bos bos di Chalet... alahai... problem lagi... maka terpaksalah aku dan Tahir pergi ke Chalet semula sejauh 30KM dan terbantut lagilah hasrat untuk memancing. Rasa macam nak marah, tapi sedap yang nak dijemput itu tukang yang nak belanja, maka terpaksalah kami pergi juga untuk memastikan air kotak dan air batu disediakan di tepi kolam renang chalet.

Kira kira pukul 2.00 petang setelah semua orang dahpun sampa ke chalet, aku tahir, anak tahir danTn. Hj. Sazul pergi ke salah satu lokasi memancing yang kami survey malam tadi, iaitu di kawasan Hotel Sanctuary. berbekalkan sotong yang dibeli di pasar Old Town PJ, aktiviti memancing pun bermula.

Memancing Di Tepi Hotel Sanctuary


Hj. Sazul belajar ikat tali pancing dengan Tahir


Tapi apa kejadahnya ramai pulak pengunjung hotel yang nak Check in yang tengok kitorang memancing. Rasa tak selesa sungguh. Anak abg Tahir yg terror memancing pun baling umpan pun sampai tersangkut pada dahan pokok tempat kami berteduh. Hmm... aku pun ajak Tahir belah dan pergi ke port kedua yang kami survey di Cherating Pantai malam tadi.. iaitu di tempat bontot aku tercucuk paku.

Sebelum tu kami singgah dulu bebetul di Cherating pantai untuk survey kawasan lain yang berbatu kot kot ada.

Aku tak perasan yang Hj Sazul dok posing macam ini pulak.. Hampeh tol.. kehkehkeh



Oleh kerana hampa jugak sebab kereta Wira Executive 2WD hampir terbenam dalam pasir, maka aku cadangkan kat Tahir supaya pergi je ke 'Jeti Cucuk Bontot' .


Di Jeti Paku Cucuk Bontot


Eh.. Tahir terjumpa satu couple belangkas yg dibungkus dalam plastik. Malaun mana yg zalim pi bunkus haiwan nie? Nasib baik kiotrang ada dan lepaskan semula pasangan bahagia ini.



Di jeti ini kami kumpau juga walaupun ada ketikanya pancing aku melentuk kuat, namun ikan tak mengena. Tahir cakap pancing aku ada Ong sebab baru baru saja dah kena manakala pancing orang lain tak kena kena pon. Tapi aku langsung tak percaya pada perkara karut maru macam ong ong nie... Macam bunyi katak je aku dengar.

Pukul 5 petang kami gerak balik ke Chalet untuk makan malam. Sampai di Chalet aku mandi dulu di kolam puas puas sebab badan aku bebetul dah berlengas. kolam budak kecik pon kolam budak kecillah... aku bedal ajer. masa tengah mandi kolam tetiba pulak teringat kat orang yang tersayang iaitu Cik Fatimah.... hehehehe..

Lepas tu aku ke tepi pantai berjalan seorang diri..

Ombak laut China Selatan


Woi, terbaliklah dunia nie!


tetiba aku rasa ada macam awek ikut aku jalan sorang diri pulak, aku rasa je lah... kot kot aku terperasan kot, lalu aku terus telefon Fareez, suruh dia datang pantai sebab ikan darat dia dah jumpa. Aku ikan ikan darat nie tak minat, aku cuma setia dengan Cik Fatimah jer.. cinta pertama dan terakhir, dialah kekasih dialah kawan. hehehe..

Bila Fareez sampai je awek tu pon dah blah.. mungkin sebab dia tengok aku buat bodoh ataupun mungkin dah terperasan yang muka aku senget agaknya.

Aku dan Fareez di restoran cekik darah tipu bangsa sendiri


Malam itu kami makan di Restoran Ma.. apa ntah nama betul restoran tu.. tapi bagi aku memang restoran itu pukimak nak menyembelih orang melayu. Dahlah taraf restoran tepi jalan. makan untuk 39 orang dimana hanya 18 orang sahaja dewasa, yang lain cuma bebudak 3 - 12 tahun.. kami telah dicas RM 980.00. Ikan Siakap satu pinggan Rm 25, noleh diterima lagi, tapi yang aku paling tak tahan, Sup ekor + Sup tualang dia kami dicas RM 21.00 semangkuk. Aku kira kira cuma adal lebih kurang 8 ketul tulang dan ekor sahaja. Kailan ikan Masin untuk sorang berharga RM 11.50. Memang babi betul Melayu cekik darah nie. memang dia dah niat nak tibai pelancong! Salah Zaidi juga sebab tak tanya harga dulu masa order petang tu... dah makan baru nak tanya harga memang patut kena sembelih lah.

Hmm.. Nasib baik Hj. Sazul yang bayar.. tapi terkilan juga... duit tu kasi sponsor kitorang minyak petrol lagilah bagos.


Malam Minggu di Kuantan

Selepas makan, aku Tahir dan anaknya terus ke Kuantan, Fareez kami tinggalkan di chalet sebab Fareez memang mahir memancing ikan darat... kami biarkan dia dengan skill semula jadinya itu.

Sampai disana kami lihat ramai giler orang memancing. satu tiang lampu pasti ada orang memancing, rerupanya ada pertandingan mencing diadakan disiti seminggu tiga kali dengan hadiah ikan terberat ialah RM 2,000. Sambil menyelit nyelit ditengah orang memancing, kami dapat juga satu port. Tapi aku masih takut utnuk baling joran sebab takut bersilang silang dengan peserta pertandingan. Aku minta tolong Tahir balingkan. Majoriti pemancing di situ kumpau. Takdak ikan sebab hari baru lepas hujan dan banyak air tawar masuk ke dalam sungai.
Dedekat pukul satu semua orang bersurai setelah pememnang hadiah RM 2,000.00 diumukna iaitu ikan seberat 900gram sahaja. Maka aku pun meula membaling umpan aku...
Seronoknya tak terkira masa tu melihat pancing yang menggigil gigil digigit oleh ikan ikan kecil.


Signboard JANGAN! termasuk Jangan Maksiat

Aku rasa Kuantan nie hari malamnya hebat juga. dan aku rasa ianya adalah antara bandar maksiat. Sebabnya ramai sangat aku tengok anak anak dara (pada namanya) berjalan berdua - duaan , bertiga tigaan mahupun berempat empatan di sana. Kalah KL...
Aku suarakan perkara ini pada Tahir, rerupanya Tahir sendiri pun menagaku dia dah cret perempuan kat Kuantan nie 8 kali dan Kuantan nie macam kampung dia rupanya. (sambil berbisik takut anak dia dengar) Cheh! penat je aku guna GPS carik Bank pagi tadi reruapanya Tahir dah mahir selok belok Kuantan. orang lain berkurusus dia gunakan time senggangnya untuk mengurat ropenyer. Di Kuantan juga ada unang Undang kecil yang percaya kuasanya diberi kepada Penguatkuasa untuk mengkompaun mereka yang beromen sebanyak RM 2,000.00 (berapa banyak dua ribuuu daaa). Ini senari yang jarang dilihat di PBT PBT lain dan menunjukkan indeks maksiat di sini memang tinggi. Aku percaya juga klip klip lucah di telefon bimbit yang banya tersebar di Internet semuanya berasala daripada Kuantan. Kalau kecik kecik nanti anak aku nak belajar ke kerja di Kuantan jangan harap aku nak kasi... kalau tak dikerjakan dek anak orang, nanti pulak yg dikerjakan oleh orang. Mungkin faktor air masin ala al hawaii kot yang menyebabkan perasaan maksiat itu bebas. sampai pukul 3.00 pagi pun aku masih boleh tengok lelaki dan peremuan bersiar siar. kalau dah berjalan berdua bertiga kalau tak stim aku rasa tipujer tu.

Malam tu kami tumapu juga tanpa sebarang ikan. Besok pagi aku niat nak bangun seorang diri dan pergi memancing sorang sorang, tapi tup tup dah pukul 11.30am, maka kami terpaksa balik sebab waktu check out dah dekat sangat.


Lis NA REE Resort

Hasilnya dalam jalan jalan kali ini kira puas hatilah, aku habis duit tak sampai RM 80 pon. Walaupun kumpau tak dapat ikan dan segala macam gas memasak, kuali dan bahan bahan menggoreng cuma sesia, aku rasa puas jugaklah. Walaupun ada eksiden bontot aku tercucuk paku karat di jeti, itu aku anggap sebagai dugaan. (Aku harap janganlah aku kena kancing gigi)


dan yang paling menarik dan memuaskan hati aku ialah seperti gambar di bawah!!


NYUM NYUM NYUM LAMPAM KUNING!


AKU JUMPA DAN DAPAT MAKAN IKAN LAMPAM EKOR KUNING YEA! YEA! YEA!...
ini first ime aku makan ikan Lampam, hanya RM 4 ahaja di hentian Temerloh dan kebetulan hanya sekor sahaja yang tertinggal. memang rezeki aku.. dan seperti yang aku jangkakan.. ikan lampam ini memang sedaappp banget.....

(hari tu hampir hampir aje aku nak makan Lampam dalam akuarium aku)


Lepas nie target aku nak makan Sebarau, Jelawat dan Tengas pulak. Kelah aku tak mau makan sebab spesis tu dah nak pupus!

Comments

Popular posts from this blog

APa itu ikan Lais?

Pertama kali aku balik ke kg Girlfriend aku, bakal pak mentua aku memperkenalkan aku kepada ikan lais. 1st time aku mendengar ikan tersebut. Khabarnya tak banyak sungai di Malaysia yang mempunyai ikan ini. Rasanya sungguh sedap. Ntahlah, mungkin aku nie jenis yg tak memilih makanan, tapi bagi aku ikan lais ini amatlah sedap walaupun aku sendiri belum pernah merasa makan lampam, sebarau, tengas, jelawat kelah apatah lagi. Harap suatu hari ini aku dapat makanlah ikan - ikan ini. Tapi aku tak sangka, ikan lais ini ianya salah satu daripada spesis keli juga. Keli lutsinar. Sebab tu dalam bahasa omputih ianya dipanggil 'Glass Catfish'. Ini gambar ikan tu kalau hidup di dalam akuarium. Bawah ini pulak gambarnya yang telah digoreng di rumah aku. Hmmm tapi sodap laie kalau digoreng di Felda Keratong 3. Hehehe.. Dear my butang... opss tunang.. thank you for the ikan... I lappppppp youuu...

Khalwat? Pretty? and Tudung?

KOTA BARU: A 21-year-old university student was yesterday fined RM1,200 for committing khalwat (close proximity) with one of Kelantan’s imported football stars. Farrah Aina Safian Sauri, 21, from the International Islamic University (IIU), pleaded guilty to committing Source NSTP online : Uouch!... Unbelieveable.. how can a cute girl like this been cought for khalwat offence? By looking at her face and style, i though she at least an ordinary good girl. Pity her, why she need to do such act? It is true what people always said.. 'don't judge books by its cover', kekeke.. chances for cute girl like her to become 2nd hand stuff is quite high. That's why some of elders i met said a girl which not have pretty face, may be pretty at other hers other side, because no one will touch it. (But I don't agree with the quote 100%, because i once had saw unpretty girl who had unpretty attitude and may contribute for being 2nd hand stuff :p) I know girls with 'tudung'