Skip to main content


SOAL: Apakah umpan paling sesuai untuk memancing ikan bawal kolam, tongsan dan rohu?
AZMAN, Kelantan.

JAWAB: Bawal kolam, bawal pinang atau ikan pompano adalah spesies air masin yang lasak, bentuk lebar seperti bawal biasa. Bahagian hujung ekornya berwarna kekuningan. Tetapi saiznya lebih besar dan purata ikan ini boleh membesar sehingga belasan kilogram.

Pompano lebih tertumpu kepada kawasan beting pasir dan sering bermain di permukaan dan pertengahan air. Untuk menjinakkan ikan ini, umpan paling lazim digunakan ialah udang pasar. Udang pasar perlu dikopek kulitnya atau dipanggil udang kopek. Sesetengah pasar raya ada menjual udang kopek. Isi udang kopek perlu dipasang pada mata kail menggunakan teknik memancing apollo dengan kaedah mengapung.

Pelampung boleh digunakan untuk memancing pompano dan jarak mata kail dengan pelampung paling kurang sedepa. Kebanyakan ikan ini bermain di kawasan pertengahan air di kolam air masin. Kawasan tumpuan ikan ini di kolam berdekatan kipas air kerana ia menunggu makanan yang ditolak arus ke permukaan. Jadi umpan udang pemancing harus berada di kawasan sasaran ikan ini biasa berkumpul.

Ikan tongsan dan rohu lebih tertumpu kepada penggunaan dedak. Mungkin ada sedikit perbezaan dedak untuk rohu dan tongsan tetapi teknik memancing hampir serupa.

Kedua-dua ikan ini menyedut makanan di dasar kolam. Sebagai contoh petua menyediakan dedak rohu oleh seorang kaki pancing kolam air tawar seperti berikut.

Dapatkan dedak 5 dalam 1. Dedak berkenaan biasanya mengandungi pallet tetapi palet ini tidak diperlukan jadi perlu diasingkan. Kemudian campur baki 4 dedak ini. Selepas itu, perlu dicampur dengan dedak 923 (dedak dinding) sebanyak dua genggam. Kemudian campur dedak ayam yang dikisar halus sebanyak dua genggam. Simpan dalam plastik kedap udara selama sehari. Apabila hendak dibancuh, ia jadikan peroi. Dengan erti kata lain, mudah melekat pada spring bomb mata kail yang digunakan.

Untuk tambahan aroma, ambil biskut kelapa campur dengan biskut merry dikisar halus dan campur dengan ramuan tadi. Manakala dedak untuk tongsan pula perlu diletakkan sejenis gula manis dikenali sebagai ‘marsh mellow’ kemudian dipasang pada mata kail. Seperti dalam gambar lampiran. Ia adalah makanan terapung dan bukan untuk dipasang pada mata kail bagi mudah disedut bersama-sama dedak ketika ikan tongsan datang menyedut dedak bom yang hancur di dasar tadi.


SUMBER DI COPY PASTE DARI http://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/PokMud/20080222145042/Article/index_html untuk rujukan aku dimasa hadapan in case url tu mati 10 tahun akan datang. hhehehehehe

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan di Cherating

P etang Jumaat yang lalu, akudan kroni kroni pejabat telah berjalan - jalan di Cherating. Seperti biasa acara acara seperti ini memang akan dilakukan setahun 2 kali oleh kroni - kroni ini. Tahun lepas ke genting dan ke Port Dickson. Tapi yang aku pasti, sesen pun aku tak keluarkan utnuk perbelanjaan inui kecuali duit Rokok, Tol dan Petrol sahaja. Aku, Tahir, anak Tahir, dan Fareez bertolak awal dengan rancangan untuk memancing di sana sampai muntah. Tapi malangnya Fareez tak berminat memancing... namun atas dasar kroni, dia terpaksa pergi awal juga sebab ini sahaja team bujang yang tinggal. Mujurlah hj. Sazul tetiba pon ada plan nak pergi awal, maka dapatlah book satu bilik awal untuk Fareez. Kami bertolak daripada PJ kira kira pukul 6.30Ptg atas janji bertolak pukul 5 petang. Dalam perjalanan Fareez buleh pula bertekak dengan girlpren dia dan suruh kitorang semua senyap.. aku rasa panas je... lagi sikit aku nak suruh dia berenti dan turunkan aku sebab awek punya pasal kawan kawan pon

APa itu ikan Lais?

Pertama kali aku balik ke kg Girlfriend aku, bakal pak mentua aku memperkenalkan aku kepada ikan lais. 1st time aku mendengar ikan tersebut. Khabarnya tak banyak sungai di Malaysia yang mempunyai ikan ini. Rasanya sungguh sedap. Ntahlah, mungkin aku nie jenis yg tak memilih makanan, tapi bagi aku ikan lais ini amatlah sedap walaupun aku sendiri belum pernah merasa makan lampam, sebarau, tengas, jelawat kelah apatah lagi. Harap suatu hari ini aku dapat makanlah ikan - ikan ini. Tapi aku tak sangka, ikan lais ini ianya salah satu daripada spesis keli juga. Keli lutsinar. Sebab tu dalam bahasa omputih ianya dipanggil 'Glass Catfish'. Ini gambar ikan tu kalau hidup di dalam akuarium. Bawah ini pulak gambarnya yang telah digoreng di rumah aku. Hmmm tapi sodap laie kalau digoreng di Felda Keratong 3. Hehehe.. Dear my butang... opss tunang.. thank you for the ikan... I lappppppp youuu...

Khalwat? Pretty? and Tudung?

KOTA BARU: A 21-year-old university student was yesterday fined RM1,200 for committing khalwat (close proximity) with one of Kelantan’s imported football stars. Farrah Aina Safian Sauri, 21, from the International Islamic University (IIU), pleaded guilty to committing Source NSTP online : Uouch!... Unbelieveable.. how can a cute girl like this been cought for khalwat offence? By looking at her face and style, i though she at least an ordinary good girl. Pity her, why she need to do such act? It is true what people always said.. 'don't judge books by its cover', kekeke.. chances for cute girl like her to become 2nd hand stuff is quite high. That's why some of elders i met said a girl which not have pretty face, may be pretty at other hers other side, because no one will touch it. (But I don't agree with the quote 100%, because i once had saw unpretty girl who had unpretty attitude and may contribute for being 2nd hand stuff :p) I know girls with 'tudung'